Apakah yang dimaksudkan dengan Bid’ah Hasanah ?
Bid’ah hasanah adalah apa yang dilihat oleh para imam-imam
Mujtahid yang diberi petunjuk daripada
apa yang bersesuaian dengan al-Quran dan as-Sunnah dalam hal kemanfa’atan dan
kemaslahatan . Misalnya seperti perbuatan Shahabat ra yang mengumpulkan
al-Quran dalam satu mushaf , mengumpulkan orang ramai untuk Solat Terawih
berjemaah , azan pertama pada hari Jumaat . Demikian juga dengan beberapa
perkara yang baru seperti munculnya tempat-tempat ibadah khusus ,
sekolah-sekolah dan lain sebagainya daripada jenis ibadah .
Setiap kebaikan yang pernah dikerjakan di masa Sayyiduna
Rasulullah saw masih hidup itu adalah bid’ah hasanah dan orang yang
mengerjakannya akan mendapat pahala , dengan Hadits yang berbunyi :
“ Sesiapa yang membuat satu amalan baik dalam Islam , maka ia
akan mendapat ganjaran pahala perbuatan baik itu dan juga pahala orang yabg
mengamalkan sesudah dia tanpa mengurangi sedikitpun daripada ganjaran pahala
mereka tersebut “ .
Hadits dikeluarkan oleh Imam
Muslim (1017) dan selainnya daripada Sayyidina Jarir bin Abdullah ra.
Apakah yang dimaksudkan dengan bid’ah mazmumah yang telah Rasulullah
saw peringatkan kepada kita tentang bahayanya dan apakah dalilnya ?
Bid’ah mazmumah adalah tiap-tiap perkara yang menyalahi
nash-nash al-Quran dan as-Sunnah , yang mencarik ( menyalahi ) ijma’ ulama
seperti aliran-aliran sesat yang telah rosak aqidah serta menyimpang dari
aqidah ahli Sunnah wal Jamaah . Dalilnya adalah beberapa hadits Rasulullah saw yang
,emcela kepada perkara bid’ah seperti sabda Baginda saw :
“ Setiap perkara baru itu adalah bid’ah dan setiap yang bid’ah
itu adalah sesat “ .
Hadits dikeluarkan oleh Imam
Muslim ( 867 ) , An-Nasa’ie ( 1578 ) , Ahmad ( 2/310 ) daripada Jabir ra . Dan
dikeluarkan oleh Abu Daud ( 4607 ) daripada hadits Sayyidina al-Irbaadh ibn
Saayirah ra . Dan dikeluarkan Ibn Majah ( 46 ) daripada Ibn Mas’ud ra .
Hadits ini sering disalah fahami oleh sesetengah golongan iaitu
dengan mengatakan bahwa keseluruhan bid’ah itu adalah sesat . Dan hasilnya
mereka sewenang-wenangnya menyesatkan kaum muslimin atas alasan membuat sesuatu
bid’ah . ( Untuk menerangkan kaedah pemahaman sebenar hadits ini penulis akan
bawa pada post akan datang ). Maksud isi hadits tersebut adalah perkara-perkara
yang baru yang batil yang tidak mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya ,
berdasarkan keterangan Hadits yang berbunyi :
“ Sesiapa yang membuat suatu perkara baru yang sesat , Allah dan
RasulNya tidak redha kepada hal tersebut , maka dia akan mendapat dosa sama
seperti dosa-dosa orang yang mengerjakan perbuatan tersebut , tidak akan
berkurang sedikitpun dosa mereka “ .
Hadits dengan lafas makna ini
diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibn Majah daripada ‘Amr ibn ‘Auf .
Dan hadits yang berbunyi :
“ Sesiapa yang membuat sesuatu perkara baru dalam agama yang
tiada dasarnya , maka hal itu tertolak “ .
Hadits riwayat al-Bukhari ( 2550
) , Muslim ( 1718 ) , daripada ‘Aisyah ra .
Penulis akan menyambung lagi
perbincangan mengenai hal ini pada post akan datang , Insyaallah.. Merujuk pada
kitab yang dikarang oleh al-‘Allamah ad-Dai ilallah al-Habib Zain al-‘Abidin Ba’alawi
yang diterjemahkan oleh Sheikh Abu Zahrah al-Qedahi dan Sheikh Syahid Aulia
al-Banjari .
No comments:
Post a Comment