Apakah kewajiban bagi orang yang belum
mencapai darjat ijtihad ?
Wajib ke atas setiap orang yang beriman yang
mengikuti syariat Rasulullah saw , meyakini apa yang telah dijelaskan oleh
al-Quran dan al-Hadits dan berpegang dengan pendapat para ulama yang masyhur
dikalangan orang khusus (‘alim ulama’) dan ‘awam seperti imam-imam mazhab yang
empat iaitu Imam Abu Hanifah , Imam Syafi’i , Imam Malik , Imam Ahmad dan
imam-imam lainnya . Maka sesiapa yang bertaqlid kepada salah seorang diantara
mereka dalam suatu amal , sesuai dengan apa yang mereka fahami dalam al-Quran
dan Sunnah Rasulullah saw , maka dia orang yang selamat disisi Allah dalam
taklid itu , sebagaimana Allah Taala telah mengiizinkan para Mujtahid untuk
berijtihad dan Muqallid untuk bertaqlid kepada para imam tersebut . Allah
berfirman :
... Oleh itu bertanyalah kamu kepada
orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui . ( surah
an-Nahl ; 43 )
Maka jelaslah bagi mereka yang bukan
mujtahid untuk mengikut kepada para imam yang sudah memenuhi syarat sebagai
mujtahid , kerana itu adalah jalan bagi orang yang beriman , serta ia harus
meninggalkan dakwaan-dakwaan bahawa boleh berijtihad dan langsung beristinbath
dengan al-Quran dan al-Hadits tanpa memerlukan untuk bertaqlid kepada seorang
imam Mujtahid , kerana dari sejak zaman Shahabat dan Tabi’in hukum dan
qaedah-qaedah Islam telah ada tetap , pengambilannya itu secara sempurna dari
al-Quran dan al-Hadits , kemudian dibukukan menjadi buku-buku usul dan qaedah ,
maka sentiasalah orang yang sesudah mereka itu kembali merujuk kepada hukum
tersebut dan mengikuti ulama yang arif lagi terkenal dengan Ilmu mereka itu di
kalangan orang yang khusus dan masyarakat awam .
Peringatan !
Ulama mengatakan : Seandainya terdapat
suatu Hadits Shohih misalnya , kita tidak dibenarkan berhukum dengannya ,
sehingga atau sebelum kita melihat (merujuk) kitab-kitab hukum , kemudian baru
boleh berhukum dengannya . Berapa banyak Hadits yang Shohih yang tidak
diamalkan kerana ada sesuatu yang menuntutnya iaitu telah dinasakh (dihapuskan)
hukumnya dengan Hadits Shohih yang lainnya , dan orang yang mampu meneliti
masalah seperti ini adalah mereka yang sudah mampu berijtihad , bukannya selain
mereka . Renungkanlah !!
Susunan penulis dari kitab Habib Zain
bin Sumaith Ba’alawi yang diterjemahkan oleh Sheikh Abu Zahrah Al-Qedahi dan
Sheikh Syahid Aulia Al-Banjari. Semoga Allah meredhai mereka , amin...
No comments:
Post a Comment