Salam , oleh kerana seorang sahabat
penulis bertanyakan tentang hal Bid’ah , disini penulis menulis persoalan
mengenai Bid’ah . Sekian .
Bid’ah
itu terbahagi kepada berapa bahagian ?
Ulama membahagikan bid’ah itu kepada dua bahagian : Bid’ah Hasanah dan Bid’ah Qabihah ( tercela ) .
Ulama membahagikan bid’ah itu kepada dua bahagian : Bid’ah Hasanah dan Bid’ah Qabihah ( tercela ) .
Diantara Ulama yang membahagikan
bid’ah kepada dua bahagian :
Imam asy-Syafie ra . Diriwayatkan oleh Abu Nuaim dengan sanadnya kepada Ibrahim ibn al-Junaid , katanya : Harmalah ibn Yahya berkata : Aku mendengar Imam asy-Syafie berkata : “ Bid’ah itu ada dua , Bid’ah terpuji dan bid’ah yang tercela . Apa yang selari dengan as-Sunnah maka ia terpuji dan apa yang menyalahi ( bertentangan ) dengan as-Sunnah , maka ia dicela . Didalam riwayat yang lain beliau berkata : “ Perkara-perkara baharu ( bid’ah ) itu ada dua jenis . Perkara-perkara baharu yang menyalahi al-Quran atau sunnah atau atsar ( atsar Shahabat ) atau ijma’ , maka ia bid’ah Dhalalah ( sesat ) . Dan perkara baharu yang di adakan yang baik yang tidak menyalahi mana-mana daripada empat perkara tersebut maka ia adalah bid’ah yang tidak tercela . ( Manhaj al-Salaf fi Fahm an-Nusus Bayn an-Nazariyyah wa at-Tatbiq oleh Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani , cetakan kedua , halaman 346-347 )

Imam an-Nawawi ra . Sepertimana
yang tersebut di dalam kitab Tahdzib al-Asma’ wa al-Lughat : “ Bid’ah dari segi
syara’ adalah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah saw
dan ia terbahagi kepada hasanah ( baik ) dan qabihah ( buruk ) . (
Tahdzib al-Asma wa al-Lughat , Teheran Mantsurat Maktabah al-Islami , Jilid 1
halaman 23 )
Imam ‘Abdul Haq ad-Dihlawi :
Ketahuilah olehmu , bahawasanya setiap apa yang muncul setelah zaman Rasulullah
saw adalah bid’ah dan setiap ( bid’ah ) yang selari dengan Ushul ( pokok-pokok
) as-Sunnah dan qaedah-qaedah atau yang diqiaskan atasnya , maka ia itulah
bid’ah hasanah dan setiap yang menyalahinya , maka ia itulah bid’ah sayyiah (
yang dicela ) dan dhalalah ( sesat ) .( al-Asas fi
as-Sunnah wa Fuqaha oleh Said Hawwa , Cetakan II , Dar al-Islam , halaman 360 )
Imam ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad . Beliau
membahagikan bid’ah itu kepada tiga sepertimana yang tersebut di dalam kitab
beliau yang berjudul Risalah al-Mu’awanah : “ Bid’ah itu tiga bahagian . Bid’ah
hasanah dan iaitu apa yang dilihat oleh aimmatul huda daripada barang yang
selari dengan al-Quran dan as-Sunnah daripada pihak yang memilih akan yang
lebih baik dan lebih bermanfaat dan yang lebih elok ... Dan yang kedua , bid’ah
yang dicela atas lidah orang yang zahid dan Wara’ dan qana’ah jua seperto
berluas-luas dalam pakaian dan makanan yang mubah dan tempat kediaman yang
mubah . Dan yang ketiga , bid’ah yang mazmumah secara Mutlak dan iaitu barang
yang menyalahi nash-nash al-Quran dan hadits atau carik ijma’ Ulama’ umat . (
Risalah al-Mu’awanah wa al-Mudzaharah wa al-Mu’azarah lil Raghibin min
al-Mu’minin fi suluk Thariq al-Akhirah oleh al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi
al-Haddad , Dar al-Hawi , halaman 64 )
Imam Ibn Hajar al-Asqalani . Beliau
menyebut di dalam kitabnya Fath al-Baari Syarh Shahih al-Bukhari , Kitab Shalat
Tarawikh : “ Bid’ah asalnya adalah sesuatu yang baharu diadakan dengan tiada
contoh terlebih dahulu . Ia di dalam syara’ilah lawan kepada as-Sunnah dan
dicela . Dan tahqiq ( maksud sebenar ) sesuatu yang baharu yang masuk di bawah
perkara yang baik pada pandangan Syara’ , maka ianya baik ( terpuji ) dan sekiranya
termasuk di bawah perkara yang buruk pada pandangan syara’ maka ianya buruk (
dicela ) . ( Fath al-Baari syarh Shahih al-Bukhari
oleh ibn Hajar al-Asqalani , Dar as-Salam , Riyadh , halaman 321 )
Topik ini akan bersambung pada post
yang akan datang , nantikan sambungan nya , sekian . Salam .
No comments:
Post a Comment